Want your
own Fotopage?









 
Wedding Photography & Videography In Malaysia

By: ADAN WEDDING PHOTOGRAPHY

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage] | [Track this Fotopage]
[<<  <  1  [2]  3  4  5  6  7  8  9  10  11  12  13  14  15  >  >>]    [Archive]
Monday, 12-Jan-2009 17:14 Email | Share | | Bookmark
Wedding Reception at Eastern & Oriental Hotel Penang

 
 
 






Photography by Hasnuddin Abu Samah, Principal Photographer, Adan Cameraworks
Will update more pictures & details soon!

Most recent comments... (In posting order)
cantik dan penuh teliti hasil kerjanya, sifu katakan.... Tue 13-Jan-2009 15:27
Posted by:asmanphoto  - [Link]
Memanglah sifu.. Fri 23-Jan-2009 07:52
Posted by:Indie Photographer kem_foto@yahoo.com.my  - [Link]
bole emailkan sy pakej fotografi,maybe majlis blangsung bln 6 Insyaallah Fri 30-Jan-2009 07:01
Posted by:eca sahir eca_one3rd@hotmail.com


Monday, 29-Dec-2008 22:57 Email | Share | | Bookmark
Kata Sokongan Penggiat Fotografi untuk FOTOINSPIRASI



Apa kata penggiat fotografi tanahair untuk FOTOINSPIRASI?

"Apa tunggu lagi? Ini adalah satu titik mula yang membawa anda peluang melangkah ke arah fotografi berwawasan. Program seperti ini adalah yang pertama kalinya diadakan dan terunggul di Malaysia."
Haji Shahirman Sahalan,
(Diploma In Fotografi UiTM, Degree In Photography & Creative Imaging, UiTM, Masters In Visual Communications, UiTM)
Pensyarah Fotografi, Jabatan Fotografi,
Fakulti Seni Lukis dan Seni Reka,
UiTM Shah Alam.

"Proses pembelajaran adalah satu proses yang tiada penghujung, tidak kira dalam apa jua bidang yang anda ceburi. Program seperti ini amat baik untuk jurugambar baru yang ingin bergerak lebih jauh dalam bidang seni fotografi. Idea dan hasil kerja jurugambar profesional boleh mengilhamkan idea segar kepada jurugambar lain, terutamanya jurugambar baru."
Mohd Kaharuddin Ab Samad
Chief Photographer
Berita Publishing Sdn Bhd

"Kini tiba masanya untuk pengiat dan pencinta bidang fotografi untuk sama-sama mendengar serta menghayati kerjaya empat jurugambar yang bukan hanya tersohor tetapi terbukti kehebatan masing-masing di Malaysia dan serata dunia. Mereka ini bukan hanya 2 atau 3 tahun berkecimpung di dalam industri tetapi mereka telah melalui pelbagai cabaran sebagai jurugambar lebih dari 10 tahun. Maka sangat wajarlah untuk kita semua ke fotoinspirasi untuk menimba sedikit sebanyak ilmu dan pengalaman dari the real photographer”.
Nazura Rahime
Pengasas/Pengarah
Manggis Production Sdn Bhd.
Fuji FDI-Manggis Fotografik
AP Art Gallery
http://manggis.tv/

"Dalam bidang fotografi, proses pembelajaran akan berlaku setiap hari. Kita akan belajar teknik-teknik baru ataupun mendapat inspirasi dengan belajar dengan orang lain. Sekiranya seseorang jurugambar berhenti belajar ataupun berasa pengetahuan yang sedia ada adalah segala-galanya, sesungguhnya mereka sangat silap. Sudah pasti akan ketinggalan. Program seumpama ini perlu dihadiri dan dihayati untuk perkembangan yang positif dalam bidang fotografi."
Azli Yusof,
Kordinator/Pensyarah,
Fakulti Seni Inovasi,
Universiti Limkokwing.

"Sebagai seorang koordinator dan pensyarah fotografi, saya tahu betapa sukarnya untuk mendapatkan empat orang jurugambar profesional yang terkenal dalam pengkhususan masing-masing untuk berada pada satu masa dan tempat. Ini adalah kerana mereka sentiasa sibuk dengan tugasan seharian. Kini mereka telah berjaya dikumpulkan dan bersedia untuk berkongsi ilmu yang telah ditimba dari pengalaman yang bertahun-tahun lamanya dengan anda. Oleh itu, jangan lepaskan peluang yang sebegini!"
Che’ Ahmad Azhar Che’ Fadzil
Koordinator dan Pensyarah Fotografi,
Fakulti Kreatif Multimedia,
Universiti Multimedia

"Jarang-jarang sekali para pakar dalam industri dapat duduk di bawah satu bumbung untuk program sebegini. Jangan lepaskan peluang ini. Pengalaman berharga mereka mesti dikongsi bersama, mesti didengari dan TIDAK HARUS dilepaskan!"
Bazuki Muhammad
REUTERS PICTURES

Untuk pendaftaran dan maklumat lanjut mengenai FOTOINSPIRASI, sila ke - http://fototeacher.com/fotoinspirasi.html

Hasnuddin
fototeacher.com



wow,minat memang berminat Wed 7-Jan-2009 06:24
Posted by:zufarsha zufarsha@yahoo.com  - [Link]
i ada lawat booth² kat pameran pengantin tempoh hari...dalam bebanyak.. gambar u ols.. the best.. saya tengok.. tahniah.. Thu 8-Jan-2009 14:18
Posted by:shahkasahias  - [Link]
Salam! Sifu den berminat sesgt workshop yg nie tapi date tu den ade job...so ape plan sifu?...kalau ade lg cpt2 bg tau k! kalau bole setahun sebelum tu...ape2 pun kirim salam kat abg ikram kite tu then yg lain gak...jumpa di lain masa lg sifu Mon 9-Mar-2009 16:39
Posted by:zam@ X student Bro www.mrphotographer_azam@yahoo.com
View all 4 comments


Monday, 15-Dec-2008 09:22 Email | Share | | Bookmark
Last Call KURSUS VIDEOGRAFI



Last Call!

Kursus Asas Videografi akan diadakan pada hari Sabtu dan Ahad ini (20-21 Disember 2008). Sila hubungi Encik Zaly untuk harga diskaun khas. Tel: 03-91017155 atau e-mel: fototeacher@gmail.com

Untuk dapatkan maklumat lanjut, sila layari - http://fototeacher.com/videography.htm

Most recent comments... (In posting order)
warghh...
mcm2 kursus nih...
nti dh confirm baru leh bgtau!
Entry wedding terbaru x der ker?
Neway, Jom tgk foto2 perkahwinan Mawi & Ekin.
Tgh hangat dipasaran nih..

Sat 27-Dec-2008 16:37
Posted by:راسيدي K a K i F o To  - [Link]
insallah sya akn hubungi adan utk majlis ank kami dn rakn2 kami.ble nk adakn krusus lg ke..... Fri 6-Mar-2009 08:52
Posted by:aishah aishahsoo@yahoo.com.my


Wednesday, 10-Dec-2008 22:32 Email | Share | | Bookmark
Temui ADAN di Pameran Pengantin 2009!


Temui kami di sini nanti!
Untuk pertanyaan, sila hubungi 03-91017144 atau e-mel adanphoto@gmail.com


Wednesday, 3-Dec-2008 21:35 Email | Share | | Bookmark
Program Terbaru & Terhebat - fotoinspirasi



Seperti yang dijanjikan, kini program fotoinspirasi secara rasminya telah dibuka untuk pendaftaran.

Apa itu fotoinspirasi?

fotoinspirasi adalah sebuah program photo talk istimewa yang akan membariskan 4 orang jurugambar tersohor tanahair dari 4 cabang fotografi yang utama. Jurugambar yang dimaksudkan ialah Din Arshad (Advertising Photography), Bustamam Mokhtar (Fashion Photography), Shamshahrin Shamsudin (Photojournalism) dan Ikram Ismail (Wedding Photography). Selain dari photo talk, program ini akan turut diisi dengan demonstrasi teknik fotografi oleh jurugambar profesional dan diikuti dengan sesi soal jawab dimana anda boleh bertanya soalan dan mendapat jawapan terus dari pakar dalam bidang masing-masing.

fotoinspirasi seperti tajuknya, bakal memberikan inspirasi kepada para peserta ke arah menjadi jurugambar sejati yang berjaya. Peserta juga akan mendapat berbagai panduan, motivasi dan tips dari 4 orang panel profesional ini.

Tidak setakat itu, peserta juga berpeluang berjumpa secara berdepan dengan 4 orang ikon fotografi ini disamping dapat membina jaringan kenalan, baik untuk tujuan sosial, kerjaya mahupun perniagaan dengan peserta lain yang hadir.

Kesempatan untuk belajar dari keempat-empat jurugambar ini adalah satu peluang yang amat berharga. Program istimewa sebegini tidak mungkin diadakan selalu. Jika anda ingin membawa fotografi anda ke tahap yang lebih jauh, anda mesti hadiri program ini! Sila buat pendaftaran segera kerana tempat terhad. Keutamaan akan diberikan kepada peserta yang telah membuat bayaran penuh sahaja.

Untuk maklumat lanjut, sila ke - http://fototeacher.com/fotoinspirasi.html

Untuk pertanyaan, sila hubungi Encik Zaly di: 03-91017155 atau e-mel: fototeacher@gmail.com

fotoinspirasi dibawakan khas untuk anda oleh fototeacher.com



Wednesday, 3-Dec-2008 19:31 Email | Share | | Bookmark
Nabila Huda - Majlis Persandingan


Gambar-gambar telah dipindahkan ke - http://fototeacher.com/blog/?p=478

Majlis Persandingan Nabila & Zaidi telah dilangsungkan di Pusat Komuniti Bukit Damansara pada 2 Disember 2008. Majlis indah dengan sentuhan dekorasi oleh Pak Abu itu, turut dimeriahkan lagi dengan kehadiran ramai artis-artis terkenal tanahair. Amy Search, bapa pengantin perempuan, dalam ucapannya dalam majlis itu tidak dapat menahan sebak untuk ‘melepaskan’ anak perempuan kesayangannya itu.

Semua gambar dirakam oleh Hasnuddin Abu Samah.
Adan Cameraworks, Official Photographer - Majlis Perkahwinan Nabila dan Zaidi
Semua hakcipta terpelihara Adan Cameraworks 2008.

Adan Cameraworks - http://www.adan.biz
Tel: 03-91017155 / 012-6020770, e-mel: adanphoto@gmail.com

lawa lawa.. Tue 9-Dec-2008 05:13
Posted by:afizudin@PixCursor  - [Link]
http://lawa-lawala.blogspot.com Thu 11-Dec-2008 04:10
Posted by:wrar  - [Link]
kalau dah bleh shoot gambar artis... mmg ada class Thu 11-Dec-2008 08:28
Posted by:amin  - [Link]
View all 11 comments


Wednesday, 3-Dec-2008 19:09 Email | Share | | Bookmark
Nabila Huda - Majlis Akad Nikah


Gambar-gambar telah dipindahkan ke - http://fototeacher.com/blog/?p=467

Majlis Akad Nikah Nabila Huda telah selamat diadakan di Masjid Wilayah pada 2 Disember 2009 (Selasa). Tarikh ini dipilih kerana hari ini juga merupakan hari lahir Nabila. Pengantin Lelaki (Zaidi) dinikahkan sendiri oleh bapa pengantin perempuan iaitu penyanyi rock lagenda - Amy Search.

Semua gambar dirakam oleh Hasnuddin Abu Samah.
Adan Cameraworks, Official Photographer - Majlis Perkahwinan Nabila dan Zaidi
Semua hakcipta terpelihara Adan Cameraworks 2008.

Adan Cameraworks - http://www.adan.biz
Tel: 03-91017155 / 012-6020770, e-mel: adanphoto@gmail.com



Saturday, 29-Nov-2008 11:06 Email | Share | | Bookmark
Nabila Huda - Majlis Khatam Quran

 

Gambar-gambar telah dipindahkan ke - http://fototeacher.com/blog/?p=463

Nabila Huda, anak kepada penyanyi rock lagenda Amy Search, telah menyempurnakan khatam quran dalam majlis sederhana yang diadakan di rumah bapanya pada 30 November 2008. Majlis akad nikah dan persandingan akan menyusul pada 2 Disember 2008.

Fotografi oleh Hasnuddin Abu Samah
Adan Cameraworks
http://www.adan.biz
03-91017155 / 012-6020770

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------

COMING SOON TO fototeacher.com

Untuk diberitahu secara otomatik melalui e-mel mengenai perkembangan acara di atas, sila langgan newsletter percuma dari fototeacher di - http://fototeacher.com/subscribe.htm



cantik gambarnye...

______________________________________
~beautiful shawls~
http://khayra-beauty-shoppe.blogspot.com/
Wed 3-Dec-2008 02:21
Posted by:iLLa pinky_angel82@yahoo.com  - [Link]
waaaaaaaaaaaaa..... great pics!!!!! Wed 3-Dec-2008 09:53
Posted by:fath
cantik lh nabila pakai tdg.................. Fri 12-Dec-2008 07:30
Posted by:waniey_kpgl waniey_96@yahoo.com.my
View all 8 comments


Tuesday, 4-Nov-2008 17:31 Email | Share | | Bookmark
Adan's Office Revealed...

 
 
 
View all 4 photos...
Di sini saya ingin tunjukkan beberapa keping gambar ofis kami yang baru diubahsuai. Saya akan muatkan juga gambar-gambar lain seperti gambar Production Department, Digital Imaging Department dan Management Office yang buat masa ni masih berselerak sebab terlalu banyak kerja dan tak sesuai dirakamkan!


Pelbagai jenis album untuk dipilih oleh pelanggan selain dari album eksklusif Adan. Album-album ini juga turut dijual kepada jurugambar yang berminat.


Bilik perbincangan dengan pelanggan. Biasanya pelanggan akan preview video dan foto di sini.


Pantry lengkap untuk kegunaan pelanggan dan staf.


Bilik latihan fototeacher.com yang terletak bersebelahan dengan pejabat Adan Cameraworks.

Insyaallah, kalau ada rezeki, kami akan membuka sebuah galeri di lokasi strategik berhampiran pusat bandar KL tidak lama lagi. Ini akan memudahkan lagi kami berurusan dengan pelanggan kami dan memperluaskan lagi skop perniagaan sedia ada. Doakanlah semoga semuanya berjalan lancar.

Hasnuddin
Adan Impresif Sdn. Bhd.

Fotografi Perkahwinan - http://www.adan.biz
Latihan Fotografi - http://www.fototeacher.com
Album Foto Untuk Jurugambar - http://www.impressivealbums.com

admire your workss.....hope more success in future...

Balqis
http://midnitebaker.blogspot.com
Thu 20-Nov-2008 15:33
Posted by:midnitebaker@Taiping,Perak balqis_cakes@yahoo.com  - [Link]
sifu mmg hebat.....
meh la dtg jenguk fp anak x-student ni..hihi..
Fri 21-Nov-2008 12:26
Posted by:azlieda  - [Link]
salam perkenalan, wah.. dasyat2.. mmg gempak...
cantik ofis...
selamat maju jaya kepada staf2 ADAN n selamat mencipta name di persada dunia. amin
Sat 22-Nov-2008 02:16
Posted by:syafeeq syafik_fuad@yahoo.com  - [Link]
View all 12 comments


Friday, 31-Oct-2008 11:17 Email | Share | | Bookmark
TAWARAN JAWATAN

Adan Impresif Sdn. Bhd.
(Pemilik Adan Cameraworks & fototeacher.com)


Kami ingin mempelawa calon-calon yang berminat untuk menyertai kami dalam membina kejayaan bersama:

PRODUCTION COORDINATOR (RM1,400-RM1,800)
Bidang tugas:
Merancang, menjalankan, menguruskan, dan memantau hal-hal berkaitan produksi untuk Adan Cameraworks dan fototeacher.com. Ini termasuk pembelian stok, menguruskan kecekapan tenaga kerja, urusan logistik, membantu membangunkan produk baru, mendokumenkan kerja-kerja produksi dan sebagainya.
Kelayakan:
1) Minat dalam bidang fotografi dan videografi
2) Mempunyai kemahiran dalam pengurusan dan mendokumentasi
3) Mempunyai sekurang-kurangnya kelulusan Ijazah Sarjana Muda dalam bidang berkaitan
4) Sekurang-kurangnya mempunyai 3 tahun pengalaman kerja dalam bidang berkaitan.

PRODUCTION ASSISTANT (RM1,000-RM1,400)
Bidang tugas:
Membuat album gambar, produk akhir video, ‘arhciving’, menyunting gambar, membuat layout album gambar dan sebagainya.
Kelayakan:
1) Minat dalam bidang fotografi dan videografi
2) Berdisiplin dan teliti dalam setiap pekerjaan
3) Lulus SPM, tiada pengalaman kerja diperlukan

MARKETING EXECUTIVE (RM1,600-RM2,000)
Bidang tugas:
Membuat tugas pemasaran, publisiti, penjenamaan, hubungan pelanggan dan promosi untuk Adan Cameraworks dan fototeacher.com
Kelayakan:
1) Mempunyai kenderaan sendiri
2) Mempunyai kemahiran menulis dalam Bahasa Melayu dan Inggeris
3) Mempunyai pengetahuan asas dalam teknologi maklumat dan internet
4) Kelulusan minima – Ijazah Sarjana Muda dalam bidang berkaitan pemasaran
5) Sekurang-kurangnya mempunyai 3 tahun pengalaman dalam bidang berkaitan

Sertai kami sekarang!
Sebagai sebuah syarikat bersaiz kecil yang berwawasan besar, kerja pasukan dan hubungan rapat antara pekerja dan majikan adalah keutamaan kami. Dengan saiz organisasi sebegini, anda akan merasai pengalaman kerja yang begitu telus dan bebas dari politik pejabat! Setiap seorang staf diberikan peluang untuk membuktikan kebolehannya sendiri dan memilih bidang pengkhususan yang diminatinya. Sertailah kami, anda akan dihargai di sini!

Kepada calon yang berminat, sila hantarkan resume anda kepada e-mel – info@adan.biz sebelum 1 Januari 2009. Untuk pertanyaan, sila hubungi Puan Azida di – 03-91017144/03-91017155

Adan Impresif Sdn. Bhd.
C-1-9, Megan Phoenix, Jalan Cheras, 56000 Kuala Lumpur

Nak tanya Jawatan tuh semua masih diperlukan lagi tak?
terutama jawatan PRODUCTION ASSISTANT...
Tue 25-Nov-2008 18:10
Posted by:shafiq derharkastudent@yahoo.com
jawatan freelance utk fotographer ade x? Mon 1-Dec-2008 04:28
Posted by:aimklik aim.personality@gmail.com
Kalu ex-Adan nk apply bley ka...hehehehehe Wed 3-Dec-2008 04:30
Posted by:Rbey
View all 4 comments


[<<  <  1  [2]  3  4  5  6  7  8  9  10  11  12  13  14  15  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2008.