Wedding Photography & Videography In Malaysia

By: ADAN WEDDING PHOTOGRAPHY

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
[<<  <  4  5  6  7  8  9  10  [11]  12  13  14  15  16  17  18  >  >>]    [Archive]
Tuesday, 10-Jul-2007 08:24 Email | Share | | Bookmark
Adan's photos in Malaysia Tatler

The cover (not by us)
Ema & Kazran's wedding photos


Wedding photos of Ema & Kazran by Adan featured in Malaysia Tatler. Sadly, no credit mentioned.


Monday, 2-Jul-2007 10:07 Email | Share | | Bookmark
KURSUS ASAS FOTOGRAFI DIGITAL

 


Kursus intensif mengenai kefahaman teknikal fotografi digital. Dengan kefahaman asas teknikal yang kukuh, anda akan dapat merealisasikan imaginasi fotografi anda dengan mudah. Berbagai rahsia dan tips akan didedahkan dari pengalaman jurugambar profesional. Jangan bazirkan masa dan wang anda dengan trial & error lagi. Sertai kursus ini sekarang! Untuk maklumat lanjut, sila layari http://www.fototeacher.com

Kursus akan diadakan pada 1 & 2 Ogos 2007
Dapatkan diskaun istimewa early bird untuk bayaran yang dibuat sebelum 7 Julai 2007


Tuesday, 19-Jun-2007 08:40 Email | Share | | Bookmark
2 KURSUS fototeacher.com TELAH SELESAI...

 
 

Gambar peserta Kursus Asas Fotografi Digital pada 9 &10 Jun 2007

Alhamdulillah, kursus kali ini telah selesai. Berikut adalah antara kata para peserta yang telah mengikuti program ini:

Wow! Kursus ini benar-benar memberi pendedahan yang bermakna buat saya berkaitan fotografi digital. Kursus ini benar-benar bermakna dan penuh dengan nilai
- Yazit

Secara keseluruhan, kursus ini sangat bagus dan banyak memberi saya pendedahan terhadap fotografi digital
- Mohd. Fazlin

Effective and informative!
-Mat Rusdi

Help me a lot on improving my skill
-Yudhy

Meluaskan ilmu dan mendapat manfaat untuk semua peserta kursus
-Rosni

Puas hati, lebih daripada itu… Daripada zero to hero… Saya dah boleh berkarya dengan kamera saya. Harap saya tidak lagi terbang dengan masalah2 dalam mengambil gambar
-Nor Ikhsan

Bimbingan dan tunjuk ajar yang memacu ke arah penggunaan kamera digital SLR yang betul dan berguna
-Jaspirin Patoni

Kepada para peserta yang ingin mendapat gambar di atas dalam saiz besar, sila muat turun di http://www.fototeacher.com/afdgroup12june.JPG

Kursus Asas Fotografi Digital seterusnya akan diadakan pada 1 & 2 Ogos 2007. Dapatkan diskaun early bird segera! Untuk maklumat lanjut, sila layari http://www.fototeacher.com/basicphotography.htm



Gambar peserta Kursus Profesional Fotografi Perkahwinan pada 12 & 13 Jun 2007


Thursday, 31-May-2007 17:44 Email | Share | | Bookmark
TANGGA UNTUK JURUGAMBAR dari fototeacher.com

 


Ya, selain dari kamera, tangga juga adakalanya penting untuk jurugambar. Tangga ni gunanya untuk:

1) Merakam gambar dari pandangan atas. Anda bernasib baik kalau ada kerusi untuk dipanjat. Tapi, kalau tak ada kerusi berhampiran, macamana?
2) Dalam keadaan dimana ada ramai jurugambar berebut nak rakam gambar satu subjek yang sama, adakalanya kita tidak dapat pandangan yang baik kerana terhalang oleh kepala jurugambar lain. Dengan adanya tangga ni, masalah itu semua akan selesai.
3) Selain dari itu, tangga ini juga boleh dijadikan kerusi sekiranya anda ingin merakam gambar sambil duduk dalam tempoh yang agak lama.

Tangga ni ringan dan saiznya kecil. Memang sesuai untuk dibawa ke mana-mana. Saya pun dapat idea nak shooting guna tangga ni bila lihat rakan saya - Ikram Ismail, tak pernah tinggal tangganya kalau pergi shooting. Dah lama saya cari tangga yang sesuai di merata-rata tempat. Begitu juga dengan beberapa rakan jurugambar saya yang lain pun tercari-cari jugak dimana nak beli tangga yang mudah alih seperti ini.

Kini, setelah sekian lama mencari, saya jumpa juga tangga idaman saya. Jadi, kalau ada yang berhajat, bolehlah dapatkan di fototeacher.com.

Untuk membeli tangga ini atau melihat maklumat lanjut, sila klik http://www.fototeacher.com/stepladder.htm atau hubungi 03-91017144

Hasnuddin


Thursday, 31-May-2007 13:20 Email | Share | | Bookmark
fototeacher.com featured in KOSMO!

 


Rencana mengenai fototeacher.com seperti yang tersiar dalam akhbar KOSMO! baru-baru ini. Artikel penuh seperti berikut:


Belajar Fotografi Dari Profesional

Memang sukar untuk faham perkara teknikal fotografi. Tetapi, kini anda boleh belajar fotografi dengan cara yang mudah dan cepat terus dari profesional sebenar. Cara ini juga boleh menjimatkan masa dan wang anda.

fototeacher.com adalah sebuah pusat pembelajaran fotografi dimana tenaga pengajarnya adalah dari golongan jurugambar profesional dalam bidang masing-masing. Dengan pengalaman sebenar dalam kerjaya sebagai jurugambar, tenaga pengajar ini dapat menunjukkan cara ringkas dan mudah untuk memahami fotografi. Mereka juga dapat membimbing pelajar untuk mendapatkan peluang kerja yang sebenar dalam bidang fotografi.

fototeacher.com diterajui oleh Hasnuddin Abu Samah, berkelulusan Diploma Fotografi dari UiTM dan berpengalaman selama lebih dari 10 tahun dalam bidang fotografi. Beliau kini menjalankan perniagaan fotografinya sendiri berpejabat di Cheras. Selain dari menjadi tenaga pengajar utama, beliau juga dibantu oleh beberapa orang jurugambar profesional lain sebagai tenaga pengajar. Antaranya ialah Bustamam Mokhtar (jurugambar fesyen dari White Studio), Shamshahrin Shamsudin (jurugambar kewartawanan dari agensi berita antarabangsa – AP) dan Mohd. Nasir Roli (jurugambar editorial dari Berita Publishing)

Sebagai peserta program fototeacher.com, anda akan turut mendapat khidmat bimbingan yang berterusan menerusi media blog yang disediakan. Anda boleh bertanya masalah yang berkaitan fotografi dan akan dijawab dan dibincangkan dalam blog fototeacher.com.

Walaupun baru ditubuhkan, fototeacher.com mendapat sambutan yang baik dari peminat yang dahagakan ilmu fotografi. Setakat ini sebanyak 6 program telah dianjurkan dengan jayanya dan banyak lagi program baru akan diperkenalkan.

fototeacher.com juga banyak menggunakan media internet dalam aktivitinya seperti maklumat terkini di laman web, pendaftaran kursus secara online, pembayaran online dan perkongsian ilmu menggunakan blog. Ini bagi mewujudkan komunikasi yang lebih mudah dan berkesan.

Antara program yang akan dianjurkan adalah Kursus Asas Fotografi Digital, Kursus Profesional Fotografi Perkahwinan, Fotografi Fesyen, Fotografi Kewartawanan dan Lanjutan Asas Fotografi (Praktikal). Sekiranya anda berminat untuk mengikuti program yang akan datang, anda boleh melanggan newsletter percuma di www.fototeacher.com. Dengan ini, anda akan diberitahu secara otomatik melalui e-mel sekiranya terdapat sebarang program baru yang akan dianjurkan. Untuk pertanyaan, anda juga boleh hubungi Cik Nieza di 03-91017144 / 03-91017155.


[<<  <  4  5  6  7  8  9  10  [11]  12  13  14  15  16  17  18  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net