Wedding Photography & Videography In Malaysia

By: ADAN WEDDING PHOTOGRAPHY

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
[<<  <  6  7  8  9  10  11  12  [13]  14  15  16  17  18  19  20  >  >>]    [Archive]
Tuesday, 20-Mar-2007 19:35 Email | Share | | Bookmark
QUICK NEWS

 
 
 
View all 4 photos...
IT'S A BOY!

Alhamdulillah, my wife, Ida telah selamat melahirkan seorang baby boy pada jam 1.30 ptg, 20 Mac 2007. Ni anak keempat kami. Dah ramai dah rasanya... Budak tembam ni belum ada nama. I thanks to my wife for giving birth to our baby. Sakitnya melahirkan anak hanya seorang ibu yang tahu. Inilah kehebatan seorang ibu. Salute to semua ibu-ibu!

NEW TOYS

Shot myself tru a mirror. Testing my new small toys - the monopod with the Nikkor 80-200mm f/2.8. I think this monopod will be useful to minimize camera shake since my cheap lens do not have VR. Plus, using this monopod, I can aim my lens and wait for the right moments without breaking my back. Feel like getting old already...

ADAN MCP VIDEO TEAM

Adan team uploading the equipment after completing a job in Ampang recently. It's a traditional function of 'cukur jambul'. We had provide photography, Video Multi Camera Production and Sound System for the client.

FIESYA PORTRAIT - SOLEMNIZATION CEREMONY

One of my favourite shot of Fiesya. I personally took her photos as requested, just concentrating on the bridegroom. I worked with another photographer, which is also my long time friend - Mr. Nasir Roli. Actually, it's quite a long time since my last wedding shoot. So, I really excited to shoot for this job.

Thanks guys for reading, until next posting... For now, there is a lot of works waiting and the best part is to enjoy my new tembam baby boy!

Hasnuddin
http://www.adan.biz
http://www.fototeacher.com


Monday, 19-Mar-2007 19:33 Email | Share | | Bookmark
PICTURE PUBLISHED, NO CREDIT...AS EXPECTED...

 
 
 
View all 15 photos...


Gambar di atas dirakam oleh saya dan digunakan oleh sebuah akhbar tempatan baru-baru ini. Terkilan jugak rasanya bila tak ada sebarang credit mention... Tak apalah, gambarnya pun bukanlah sehebat mana... (ayat nak menyedapkan hati...)

Di sini saya pamerkan beberapa gambar artis yang terlibat dalam menjayakan majlis tersebut. Di atas permintaan client saya, gambar-gambar lain yang private tidak akan saya siarkan

Hasnuddin Abu Samah
http://www.adan.biz
http://www.fototeacher.com


Saturday, 17-Mar-2007 21:24 Email | Share | | Bookmark
LATEST WEDDING PHOTOS! WHICH ONE IS YOUR FAVOURITE?

 
 
 
View all 6 photos...
Pictures of Nash & Fiza's Wedding Reception, Concorde Hotel Shah Alam on 17th March 2007. These are my favourite shots of the lovely wedding. Which is your favourite shot? Please let me know...






All pictures by Hasnuddin Abu Samah
http://www.adan.biz
http://www.fototeacher.com

For enquiry:
03-91017144 / 03-91017155
info@adan.biz


Monday, 12-Mar-2007 13:50 Email | Share | | Bookmark
SPIDER HUNT with RED THE SPIDER-MAN

 
 
 
View all 13 photos...
SPIDER HUNT with RED THE SPIDER-MAN


RED atau nama betul dia Amir Ridhwan ialah kawan lama saya sejak dari zaman sekolah menengah. Dulu kami sama-sama jadi ahli Kelab Fotografi di sekolah. Red mula aktif semula dalam fotografi baru-baru ini setelah berjaya mendapatkan satu set lengkap kamera digital Olympus. Minat merakam gambar close-up, tapi sejak akhir-akhir ini Red lebih cenderung kepada merakam gambar labah-labah. Banyak fakta menarik mengenai labah-labah yang saya dapat tahu dari Red. Kalau nak tengok lebih banyak gambar labah-labah, sila ke fotopages Red di http://tramontina.fotopages.com

Hari Ahad lepas, saya dan Red ke Bukit Belacan. Seawal jam 7 pagi kami dah keluar. Red merancang nak rakam gambar labah-labah. Saya harap dapat rakam gambar landscape, human interest atau apa2 haiwan dan serangga di sana. Tapi, akhirnya saya terkena aura Si Red ni, gambar labah-labah jugak yang saya banyak dapat. Sedikit sebanyak dapat jugaklah saya faham kenapa Si Red ni suka sangat ambik gambar labah-labah.

Ketika di sana, kami terserempak dan sempat berbual dengan sekumpulan 8 orang jurugambar amatur yang datang semata-mata untuk merakam gambar burung di sana. Kesemua mereka mempunyai peralatan lengkap dengan lensa 500mm f/4 dan 600mm f/4. Memang impresif. Ada diantara mereka ini datang dari Singapura semata-mata untuk tujuan itu. Saya lihat, mereka ni macam pemancing. Mereka menunggu dengan sabar di sesuatu tempat dengan harapan burung akan datang berhampiran dengan kamera mereka. Mereka ni jugak faham tentang tabiat burung dan kenal kebanyakan jenis burung yang ada di situ. Gambar-gambar mereka ada pada posting ini. (Sila klik - view all photos)

Kesimpulannya, seronok jugaklah outing dengan Red ni. Ni outing pertama kami sejak meninggalkan zaman sekolah (dah lebih 15 tahun!) Dan ini juga outing pertama saya sejak melibatkan diri secara profesional dalam bidang fotografi (kira-kira 10 tahun dah) Yelah, sejak sekian lama ambik gambar untuk kerja dengan tanggungjawab dan tekanan yang boleh tahan beratnya, memang berbeza kalau dapat pegang kamera untuk sesuatu yang rileks tanpa tekanan. Harap saya dapat lebih banyak masa dan peluang untuk sesi fotografi for pleasure macam ni. Nak jadi balik macam zaman awal saya dengan fotografi, pada masa itu hanya sebagai hobi.

Terima kasih kerana membaca!

Hasnuddin





Tuesday, 6-Mar-2007 13:08 Email | Share | | Bookmark
DEKORASI OLEH YAMIN

 
 
 
View all 7 photos...








[<<  <  6  7  8  9  10  11  12  [13]  14  15  16  17  18  19  20  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net