Wedding Photography & Videography In Malaysia

By: ADAN WEDDING PHOTOGRAPHY

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
[<<  <  1  2  3  [4]  5  6  7  8  9  10  11  12  13  14  15  >  >>]    [Archive]
Wednesday, 3-Dec-2008 21:35 Email | Share | | Bookmark
Program Terbaru & Terhebat - fotoinspirasi



Seperti yang dijanjikan, kini program fotoinspirasi secara rasminya telah dibuka untuk pendaftaran.

Apa itu fotoinspirasi?

fotoinspirasi adalah sebuah program photo talk istimewa yang akan membariskan 4 orang jurugambar tersohor tanahair dari 4 cabang fotografi yang utama. Jurugambar yang dimaksudkan ialah Din Arshad (Advertising Photography), Bustamam Mokhtar (Fashion Photography), Shamshahrin Shamsudin (Photojournalism) dan Ikram Ismail (Wedding Photography). Selain dari photo talk, program ini akan turut diisi dengan demonstrasi teknik fotografi oleh jurugambar profesional dan diikuti dengan sesi soal jawab dimana anda boleh bertanya soalan dan mendapat jawapan terus dari pakar dalam bidang masing-masing.

fotoinspirasi seperti tajuknya, bakal memberikan inspirasi kepada para peserta ke arah menjadi jurugambar sejati yang berjaya. Peserta juga akan mendapat berbagai panduan, motivasi dan tips dari 4 orang panel profesional ini.

Tidak setakat itu, peserta juga berpeluang berjumpa secara berdepan dengan 4 orang ikon fotografi ini disamping dapat membina jaringan kenalan, baik untuk tujuan sosial, kerjaya mahupun perniagaan dengan peserta lain yang hadir.

Kesempatan untuk belajar dari keempat-empat jurugambar ini adalah satu peluang yang amat berharga. Program istimewa sebegini tidak mungkin diadakan selalu. Jika anda ingin membawa fotografi anda ke tahap yang lebih jauh, anda mesti hadiri program ini! Sila buat pendaftaran segera kerana tempat terhad. Keutamaan akan diberikan kepada peserta yang telah membuat bayaran penuh sahaja.

Untuk maklumat lanjut, sila ke - http://fototeacher.com/fotoinspirasi.html

Untuk pertanyaan, sila hubungi Encik Zaly di: 03-91017155 atau e-mel: fototeacher@gmail.com

fotoinspirasi dibawakan khas untuk anda oleh fototeacher.com



Wednesday, 3-Dec-2008 19:31 Email | Share | | Bookmark
Nabila Huda - Majlis Persandingan


Gambar-gambar telah dipindahkan ke - http://fototeacher.com/blog/?p=478

Majlis Persandingan Nabila & Zaidi telah dilangsungkan di Pusat Komuniti Bukit Damansara pada 2 Disember 2008. Majlis indah dengan sentuhan dekorasi oleh Pak Abu itu, turut dimeriahkan lagi dengan kehadiran ramai artis-artis terkenal tanahair. Amy Search, bapa pengantin perempuan, dalam ucapannya dalam majlis itu tidak dapat menahan sebak untuk ‘melepaskan’ anak perempuan kesayangannya itu.

Semua gambar dirakam oleh Hasnuddin Abu Samah.
Adan Cameraworks, Official Photographer - Majlis Perkahwinan Nabila dan Zaidi
Semua hakcipta terpelihara Adan Cameraworks 2008.

Adan Cameraworks - http://www.adan.biz
Tel: 03-91017155 / 012-6020770, e-mel: adanphoto@gmail.com


Wednesday, 3-Dec-2008 19:09 Email | Share | | Bookmark
Nabila Huda - Majlis Akad Nikah


Gambar-gambar telah dipindahkan ke - http://fototeacher.com/blog/?p=467

Majlis Akad Nikah Nabila Huda telah selamat diadakan di Masjid Wilayah pada 2 Disember 2009 (Selasa). Tarikh ini dipilih kerana hari ini juga merupakan hari lahir Nabila. Pengantin Lelaki (Zaidi) dinikahkan sendiri oleh bapa pengantin perempuan iaitu penyanyi rock lagenda - Amy Search.

Semua gambar dirakam oleh Hasnuddin Abu Samah.
Adan Cameraworks, Official Photographer - Majlis Perkahwinan Nabila dan Zaidi
Semua hakcipta terpelihara Adan Cameraworks 2008.

Adan Cameraworks - http://www.adan.biz
Tel: 03-91017155 / 012-6020770, e-mel: adanphoto@gmail.com



Saturday, 29-Nov-2008 11:06 Email | Share | | Bookmark
Nabila Huda - Majlis Khatam Quran

 

Gambar-gambar telah dipindahkan ke - http://fototeacher.com/blog/?p=463

Nabila Huda, anak kepada penyanyi rock lagenda Amy Search, telah menyempurnakan khatam quran dalam majlis sederhana yang diadakan di rumah bapanya pada 30 November 2008. Majlis akad nikah dan persandingan akan menyusul pada 2 Disember 2008.

Fotografi oleh Hasnuddin Abu Samah
Adan Cameraworks
http://www.adan.biz
03-91017155 / 012-6020770

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------

COMING SOON TO fototeacher.com

Untuk diberitahu secara otomatik melalui e-mel mengenai perkembangan acara di atas, sila langgan newsletter percuma dari fototeacher di - http://fototeacher.com/subscribe.htm




Tuesday, 4-Nov-2008 17:31 Email | Share | | Bookmark
Adan's Office Revealed...

 
 
 
View all 4 photos...
Di sini saya ingin tunjukkan beberapa keping gambar ofis kami yang baru diubahsuai. Saya akan muatkan juga gambar-gambar lain seperti gambar Production Department, Digital Imaging Department dan Management Office yang buat masa ni masih berselerak sebab terlalu banyak kerja dan tak sesuai dirakamkan!


Pelbagai jenis album untuk dipilih oleh pelanggan selain dari album eksklusif Adan. Album-album ini juga turut dijual kepada jurugambar yang berminat.


Bilik perbincangan dengan pelanggan. Biasanya pelanggan akan preview video dan foto di sini.


Pantry lengkap untuk kegunaan pelanggan dan staf.


Bilik latihan fototeacher.com yang terletak bersebelahan dengan pejabat Adan Cameraworks.

Insyaallah, kalau ada rezeki, kami akan membuka sebuah galeri di lokasi strategik berhampiran pusat bandar KL tidak lama lagi. Ini akan memudahkan lagi kami berurusan dengan pelanggan kami dan memperluaskan lagi skop perniagaan sedia ada. Doakanlah semoga semuanya berjalan lancar.

Hasnuddin
Adan Impresif Sdn. Bhd.

Fotografi Perkahwinan - http://www.adan.biz
Latihan Fotografi - http://www.fototeacher.com
Album Foto Untuk Jurugambar - http://www.impressivealbums.com


[<<  <  1  2  3  [4]  5  6  7  8  9  10  11  12  13  14  15  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net