Wedding Photography & Videography In Malaysia

By: ADAN WEDDING PHOTOGRAPHY

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
[<<  <  1  2  3  4  [5]  6  7  8  9  10  11  12  13  14  15  >  >>]    [Archive]
Friday, 31-Oct-2008 11:17 Email | Share | | Bookmark
TAWARAN JAWATAN

Adan Impresif Sdn. Bhd.
(Pemilik Adan Cameraworks & fototeacher.com)


Kami ingin mempelawa calon-calon yang berminat untuk menyertai kami dalam membina kejayaan bersama:

PRODUCTION COORDINATOR (RM1,400-RM1,800)
Bidang tugas:
Merancang, menjalankan, menguruskan, dan memantau hal-hal berkaitan produksi untuk Adan Cameraworks dan fototeacher.com. Ini termasuk pembelian stok, menguruskan kecekapan tenaga kerja, urusan logistik, membantu membangunkan produk baru, mendokumenkan kerja-kerja produksi dan sebagainya.
Kelayakan:
1) Minat dalam bidang fotografi dan videografi
2) Mempunyai kemahiran dalam pengurusan dan mendokumentasi
3) Mempunyai sekurang-kurangnya kelulusan Ijazah Sarjana Muda dalam bidang berkaitan
4) Sekurang-kurangnya mempunyai 3 tahun pengalaman kerja dalam bidang berkaitan.

PRODUCTION ASSISTANT (RM1,000-RM1,400)
Bidang tugas:
Membuat album gambar, produk akhir video, ‘arhciving’, menyunting gambar, membuat layout album gambar dan sebagainya.
Kelayakan:
1) Minat dalam bidang fotografi dan videografi
2) Berdisiplin dan teliti dalam setiap pekerjaan
3) Lulus SPM, tiada pengalaman kerja diperlukan

MARKETING EXECUTIVE (RM1,600-RM2,000)
Bidang tugas:
Membuat tugas pemasaran, publisiti, penjenamaan, hubungan pelanggan dan promosi untuk Adan Cameraworks dan fototeacher.com
Kelayakan:
1) Mempunyai kenderaan sendiri
2) Mempunyai kemahiran menulis dalam Bahasa Melayu dan Inggeris
3) Mempunyai pengetahuan asas dalam teknologi maklumat dan internet
4) Kelulusan minima – Ijazah Sarjana Muda dalam bidang berkaitan pemasaran
5) Sekurang-kurangnya mempunyai 3 tahun pengalaman dalam bidang berkaitan

Sertai kami sekarang!
Sebagai sebuah syarikat bersaiz kecil yang berwawasan besar, kerja pasukan dan hubungan rapat antara pekerja dan majikan adalah keutamaan kami. Dengan saiz organisasi sebegini, anda akan merasai pengalaman kerja yang begitu telus dan bebas dari politik pejabat! Setiap seorang staf diberikan peluang untuk membuktikan kebolehannya sendiri dan memilih bidang pengkhususan yang diminatinya. Sertailah kami, anda akan dihargai di sini!

Kepada calon yang berminat, sila hantarkan resume anda kepada e-mel – info@adan.biz sebelum 1 Januari 2009. Untuk pertanyaan, sila hubungi Puan Azida di – 03-91017144/03-91017155

Adan Impresif Sdn. Bhd.
C-1-9, Megan Phoenix, Jalan Cheras, 56000 Kuala Lumpur


Sunday, 19-Oct-2008 23:45 Email | Share | | Bookmark
Majlis Akad Nikah Norazlina Redzuan & Datuk Yusof Annuar Yaacob

 
 
 
View all 6 photos...












Official Photographer:
http://www.adan.biz


Friday, 26-Sep-2008 02:46 Email | Share | | Bookmark
SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI

 


SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI
MAAF ZAHIR DAN BATIN.


Pelanggan yang dihormati,
Pejabat kami akan ditutup
dari 27 September hingga 6 Oktober 2008
sempena cuti aidilfitri


Adan Cameraworks
fototeacher.com
Impressive Albums
wholly owned by ADAN IMPRESIF SDN. BHD.

Penghargaan - kaligrafi 'Salam Aidilfitri' oleh http://awangpurba.blogspot.com



Tuesday, 23-Sep-2008 00:07 Email | Share | | Bookmark
TERBARU - BENGKEL ASAS PHOTOSHOP



TARIKH: 14 DISEMBER 2008
MASA: 9.00 PAGI - 6.00 PETANG

Di dalam bengkel ini, anda akan diajar menggunakan perisian Adobe Photoshop dari aspek fotografi, khas untuk kegunaan jurugambar. Teknik Photoshop yang diajar bukan sahaja bertujuan untuk menjadikan gambar anda lebih menarik, tetapi anda juga akan ditunjukkan bagaimana cara untuk menjadikan gambar anda kelihatan original seperti fotografi asli. Bengkel intensif ini berteraskan praktikal dimana peserta akan melakukan sendiri setiap apa yang telah diajar, dengan bimbingan rapat dari tutor.

ANTARA SUBJEK DALAM BENGKEL INI:

Saiz dan resolusi gambar
Pelajari mengenai asas imej digital sebagai asas sebelum memahami Photoshop. Fahami dengan sebenarnya mengenai file format, Image size, resolution dan sebagainya.

Workflow
Pelajari kepentingan workflow untuk menjadikan proses kerja anda lebih sistematik, cepat dan cekap. Pelajari mengenai resizing, folder management, renaming, back-up storage dan sebagainya.

Cara membetulkan exposure
Bagaimana menentukan exposure yang betul dari sudut fotografi. Pelajari cara menggunakan alat untuk membetulkan exposure gambar seperti level, curve dan kontras.

Cara membetulkan warna
Cara melihat dan memahami warna. Kaitan warna dengan white balance. Fahami kesan warna dalam penghasilan gambar yang menarik. Fahami juga mengenai skin tone. Pelajari alat untuk mengawal dan membetulkan warna seperti color profile sRGB, Adobe RGB, CMYK, level, curve, color balance, hue dan saturation.

Cara cropping
Setelah membuat komposisi yang terbaik ketika merakam gambar, dalam Photoshop, kita boleh memperbaiki lagi komposisi gambar dengan membuat cropping. Fahami teknik yang betul untuk cropping berdasarkan penyampaian cerita, rules-of-third, looking room dan head room. Fahami tentang penggunaan ruang dan impak visual. Pelajari tentang kawalan scale, resolution cropping, free cropping dan sebagainya. Anda juga akan diajar cara untuk membuat tool preset untuk menjimatkan masa suntingan.

Teknik vignette yang betul
Vignetting merupakan satu teknik dari fotografi konvensional dan seharusnya kelihatan asli. Pelajari teknik yang betul untuk membuat teknik vignetting dengan menggunakan beberapa kawalan dalam Photoshop.

Teknik sharpen yang betul
Sharpen sering digunakan dalam Photoshop untuk menajamkan lagi gambar. Pelajari teknik yang betul untuk penajaman gambar dengan menggunakan unsharp mask dan smart sharpen.

Cara membuat gambar hitam putih
Fahami mengapa sesuatu gambar itu perlu dijadikan gambar hitam dan putih. Fahami asas gambar hitam putih yang sebenar dalam fotografi dan sejarahnya ketika era filem hitam putih. Pelajari beberapa cara yang betul dan cepat untuk membuat gambar hitam putih dengan mengikut standard fotografi sebenar.

Cara membuat gambar sepia
Dalam fotografi konvensional, gambar sepia berasal dari gambar hitam putih yang dikenakan bahan kimia - sepia toner. Fahami warna sepia dan pelajari cara yang betul untuk membuat gambar sepia menggunakan beberapa kawalan dalam Photoshop.

Cara touch-up muka
Untuk membuat sentuhan memperbaiki wajah, anda terlebih dahulu perlu tahu mengenai asas cahaya untuk mendapatkan hasil yang terbaik. Pelajari kawalan penggunaan aspek dodge, burn, clone stamp, healing brush, patch tools dan sebagainya.

Cara membuang sesuatu objek dari gambar
Pelajari cara untuk membuang gambar sesuatu objek dengan cara yang betul berlandaskan peraturan dan etika fotografi sebenar. Anda akan ditunjukkan cara yang cepat dan kemas untuk hasil yang kelihatan asli dengan penggunaan beberapa kawalan dalam Photoshop.

Cara menukar background dalam gambar
Buang dan masukkan background baru tanpa membuatkan gambar kelihatan cacat dan tidak asli. Anda akan ditunjukkan beberapa cara yang betul bagi mendapatkan kesan gambar yang sempurna.

Font, grafik dan layout asas
Pelajari asas senireka grafik dan layout. Pelajari cara memilih typography, memasukkan dan menyusunnya dengan lebih kemas dan bersesuaian dengan tema. Pelajari cara membuat layout asas menggunakan gabungan elemen gambar, grafik dan typography. Pemilihan warna latar layout yang sesuai amat penting dalam menghasilkan grafik gambar yang lebih baik. Fahami setting yang sesuai ketika ingin menghasilkan layout bergambar. Jadikan persembahan gambar anda lebih menarik dengan susunan imej yang menepati kehendak grafik.


Untuk maklumat lanjut dan pendaftaran, sila layari - http://www.fototeacher.com/photoshop.htm



Thursday, 18-Sep-2008 23:17 Email | Share | | Bookmark
KURSUS ASAS VIDEOGRAFI DIGITAL



Atas permintaan ramai, kursus yang ditunggu-tunggu selama ini kini
dibuka untuk pendaftaran! Kursus yang diberi nama Kursus Asas
Videografi Digital ini akan diadakan pada 20-21 Disember 2008.
Untuk harga pengenalan, kami menawarkan yuran penyertaan yang
rendah untuk anda. Jangan lepaskan peluang ini!


ANTARA SUBJEK DALAM KURSUS INI:

IRIS
Ketahui cara pengawalan iris yang betul dan kesannya kepada exposure, shutter speed dan depth-of-field.

SHUTTER
Belajar fungsi sebenar shutter dan pengaruhnya terhadap kecerahan, iris dan movement effect.

FOCUS
Ketahui bila dan bagaimana untuk menggunakan Auto Focus atau Manual Focus. Pelajari juga kaitan focus dengan depth- of-field yang juga berkaitan dengan focal length, aperture dan subject distance. Dalam pelajaran ini, anda akan menguasai kemahiran memfokus dengan cepat dan tepat.

WHITE BALANCE
Ketahui warna cahaya yang disukat dalam unit Kelvin untuk mendapatkan warna yang sesuai dengan penyampaian visual anda. Ketahui juga tanggapan salah mengenai white balance. Anda akan ditunjukkan cara membuat kawalan white balance pada kamera anda.

LENS (FOCAL LENGTH)
Fahami mengenai focal length dan kesannya kepada angle of view, perspective, camera vibration dan depth-of-field. Ketahui cara untuk memaksimumkan fungsi zoom lens bagi menghasilkan video yang berkualiti

PENCAHAYAAN
Pelajari cara yang betul menggunakan lampu video. Juga pelajari mengenai color gel bagi mengimbangkan warna cahaya. Lain-lain topik yang berkaitan juga akan turut diajar seperti penggunaan bounce light, neutral density, diffuser dan sebagainya. Fahami mengapa pencahayaan yang baik banyak menyumbang kepada kualiti dan mood sesuatu video

AUDIO
Pelajari mengenai jenis microphone, kawalan audio dan teknik rakaman audio yang betul. Audio yang baik hampir sama penting dengan kualiti video yang anda rakam.

TRIPOD
Ketahui cara untuk mengoptimumkan penggunaan tripod dengan memahami Friction Adjustment, Head balancing dan sebagainya.

FRAMING
Pelajari teknik framing yang asas dengan singkatan untuk komunikasi seperti - MCU, CU, BCU, LS, MLS, MS, Two Shot, Three Shot dan sebagainya. Ketahui asas framing dan composition yang lain seperti looking room, head room dan rule-of-third. Sesi praktikal akan diadakan dalam bahagian ini.

CAMERA MOVEMENT
Pelajari teknik, ketahui mengapa dan bila untuk melakukan panning, tilting, crabbing, tracking, elevating, zooming dan developing shot. Anda akan ditunjukkan teknik yang betul untuk melakukan teknik-teknik ini bagi mendapatkan hasil video yang lebih dinamik. Setiap peserta akan diberi bimbingan untuk menguasai setiap teknik dengan cara yang betul.

ANGLE
Pelajari cara untuk mendapatkan sudut yang betul dan menarik, samada eye level, low angle, high angle dan sebagainya. Ketahui kaitan camera angle dengan kesan kepada komunikasi visual.

TEKNIK LANJUTAN
Pelajari teknik-teknik video yang lain seperti - subject entering frame, defocus, movement speed, slanting, insert shot, jump shot, hand held, 5 second pause, in camera editing, variety shot for footages dan sebagainya.

Untuk maklumat lanjut dan pendaftaran, sila layari
http://fototeacher.com/videography.htm
Untuk pertanyaan, sila e-mel kepada fototeacher[at]gmail.com atau
hubungi Puan Ida di 03-9101144

Team fototeacher.com


p/s - Kursus Asas Fotografi Digital dan Bengkel Portable Flash juga kini telah dibuka untuk pendaftaran. Sila layari http://www.fototeacher.com


[<<  <  1  2  3  4  [5]  6  7  8  9  10  11  12  13  14  15  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net