Wedding Photography & Videography In Malaysia

By: ADAN WEDDING PHOTOGRAPHY

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
[<<  <  1  2  3  4  5  [6]  7  8  9  10  11  12  13  14  15  >  >>]    [Archive]
Wednesday, 2-Jul-2008 00:50 Email | Share | | Bookmark
Promosi Hebat dari ADAN

 
 
 
View all 4 photos...



MENGAPA ANDA MESTI LAWAT BOOTH ADAN?

NIKMATI DISKAUN SEHINGGA 35% BAGI PELANGGAN YANG LAYAK
Kami masih mengekalkan harga lama untuk Pameran Pengantin Kali ini, ditambah lagi dengan diskaun sehingga 35%, anda tentu akan mendapat nilai yang lebih untuk wang anda. Harga baru akan dikuatkuasakan tidak lama lagi disebabkan kenaikan kos berikutan kenaikan harga minyak.

SERTAI LUCKY DRAW DAN MENANGI VOUCHER BERNILAI SEHINGGA RM1000
Anda tidak perlu membeli apa-apa untuk sertai Lucky Draw ini. Kami akan membuat 16 cabutan dengan jumlah keseluruhan hadiah bernilai RM7,000!

DAPATKAN DISKAUN HARGA PENGENALAN UNTUK PRODUK TERBARU KAMI - GAMBAR FOTO 3D DAN FLIP PICTURE.
Dapatkan gambar perkahwinan anda dalam bentuk foto 3D dan Foto Flip (2 gambar berbeza boleh dilihat dari dua sudut berbeza) Susah hendak bayangkan produk baru kami ini? Anda perlu hadir sendiri untuk melihat keunikannya. Kami adalah antara beberapa syarikat yang terpilih untuk menjual produk terbaru ini yang dijangka akan meletup di pasaran!

Sila lawati kami di:

Booth number - E06&E07 Di pintu masuk utama dan booth number 2046, 2047, 2048 di dewan 2.

Hadirkan diri anda di Pameran Pengantin Malaysia 2008,
Mid Valley Exhibition Centre, Level 3,
Mid Valley Megamall
Dari 4-6 Julai 2008
Dibuka dari jam 11.00 pagi hingga 9.00 malam
MASUK PERCUMA!

Rebutlah peluang yang jarang-jarang kami tawarkan ini sempena Pameran Pengantin terbesar tahun ini! Hadir dan tempah segera kerana banyak tarikh popular telah hampir penuh.

Untuk pertanyaan, sila hubungi:
Cik Nieza - 012-3649938 atau Puan Ida - 012-6020770
Laman web: http://www.adan.biz

Antara gambar-gambar terbaru dari Adan:






Monday, 30-Jun-2008 21:13 Email | Share | | Bookmark
Kesibukan dan Pindah Ofis

 
 

Ofis baru semasa kerja pendawaian elektrik - fasa awal renovation


Gambar terbaru. Kerja renovation yang utama telah siap. (Sorry, gambar tak berapa UMMPHH sebab shoot pakai kamera compact) Gambar-gambar dari sudut lain akan saya siarkan tidak lama lagi...

1 bulan kebelakangan ni memang masa yang paling sibuk utk kami. 2 Kelas fototeacher, Promosi Kerja Kahwin di Kompleks Kraf, Pindah ofis, Shooting dan yang paling berat sekali - persediaan untuk Pameran Pengantin 2008 di Mid Valley Megamall hujung minggu ni.

Persediaan pindah ofis dimulai 2 bulan yang lepas. Bermula dari planning utk layout ofis, renovation hinggalah kepada sentuhan akhir. Kini, Renovation utama dah siap cuma tunggu masa untuk masuk perabot. Kami akan berpindah pada minggu kedua bulan Julai. Walaupun banyak duit habis untuk ofis baru ni, saya rasa puas sebab layout partition, material binaan, saiz bilik, jumlah bilik, posisi lampu, posisi kabinet semuanya mengikut specification yang kami kehendaki.

Bersebelahan ofis Adan ini, kami akan membuka ofis/bilik latihan/studio khas untuk fototeacher.com. Kerja renovation akan bermula pada hujung Julai 2008. Jadi, selepas ini, peserta kursus/bengkel fototeacher akan dapat ruang pembelajaran yang lebih baik, lebih besar dan lebih selesa.

Kalau, ada pelanggan yang datang ke ofis kami ketika ni, harap maaflah, ofis kami agak kucar kacir dalam proses nak berpindah. Kerja-kerja pemindahan pulak dihentikan selama seminggu bagi memberi fokus sepenuhnya kepada Bridal Fair terbesar kami di Mid Valley Megamall nanti.

Alamat ofis baru kami - C-1-9, Megan Phoenix, Jalan Cheras, 56000 KL. Nombor telefon dan lain-lain tidak berubah.

Jumpa anda nanti di Pameran Pengantin 2008 di MVEC, Mid Valley Megamall dari 4-6 Julai 2008! Ada banyak surprise dari kami untuk anda! Kalau nak terkejut, datang sendiri ke booth kami

Hasnuddin



Saturday, 28-Jun-2008 11:34 Email | Share | | Bookmark
Thada & Akmal

 
 
 
View all 4 photos...
Setelah sekian lama tak update gambar terbaru, maka inilah hadiah untuk tatapan anda...









Friday, 27-Jun-2008 01:54 Email | Share | | Bookmark
Adan di pameran Promosi Kerja Kahwin 2008

 
 
 




Rebut promosi istimewa, diskaun sehingga 35% (untuk pelanggan yang layak)
Temui kami di pameran Promosi Kerja Kahwin di Kompleks Kraf, Jalan Conlay dari 26 Jun - 6 Julai 2008. Dibuka dari jam 10 pagi hingga 8 malam.

Hubungi kami di 012-3649938 (Cik Nieza) atau 012-6020770 (Puan Ida) untuk temujanji dan pertanyaan.

Bayaran kad kredit Visa atau Mastercard diterima di sini!


Jika anda tidak berkesempatan untuk hadir di Kompleks Kraf, jangan risau, anda boleh hadir ke pameran dan promosi kami selepas ini di MVEC, Mid Valley Megamall pada 4-6 Julai 2008.



Thursday, 5-Jun-2008 12:25 Email | Share | | Bookmark
BILA 'PESAING' BERJUMPA

 
 
Petang tadi, satu perjumpaan diantara key player jurugambar perkahwinan telah diadakan di sebuah hotel di Petaling Jaya. Lunch meeting yang separa formal ini dengan jayanya telah mencapai beberapa persetujuan penting disamping gelak ketawa dan makan tanpa henti!





Walaupun kesemua yang hadir adalah merupakan pesaing sengit diantara satu sama lain, namum saya berasa bangga kerana kami semua dengan penuh rasional telah menyingkirkan kepentingan peribadi, demi untuk mencapai satu persetujuan yang baik untuk industri fotografi perkahwinan di Malaysia.

Perjumpaan ini bertitik tolak dari penubuhan CLICK COUTURE, sebuah kumpulan yang terdiri dari beberapa jurugambar perkahwinan yang boleh dikatakan diantara beberapa jurugambar yang paling komited di Malaysia. Idea asal CLICK COUTURE dicetuskan oleh Saudara Min dari PRETTY PEEKTURES. Beliau jugalah orang yang telah banyak berusaha kearah mewujudkan laman web CLICK COUTURE dan beberapa tugasan penting lain. Ucapan terima kasih saya kepada usaha beliau.

Perjumpaan petang tadi telah diusahakan oleh Saudara Saiful Nang. Terima kasih saya ucapkan atas inisiatif beliau yang telah menjemput semua hadirin, menyediakan agenda mesyuarat dan menyediakan seorang pencatit minit mesyuarat. Syarikat fotografi perkahwinan yang menghantar wakil mereka ialah:

1. My Photographer
2. Pretty Peektures
3. Avicenna
4. Candid Syndrome
5. Green Apple
6. Manggis
7. Iskandar Ibrahim
8. Ikram Ismail
9. Adan

Beberapa perkara penting telah dipersetujui ke arah menaikkan standard fotografi perkahwinan di Malaysia disamping menjaga kepentingan pelanggan dan jurugambar perkahwinan dalam CLICK COUTURE. Antara perkara yang dibincangkan:

1. Harga minimum untuk perkhidmatan jurugambar
2. Terms of payment
3. Isu hakcipta
4. Tempoh masa penghantaran produk akhir
5. Penetapan harga untuk khidmat luar kawasan dan beberapa perkara lagi.

Insyaallah, perkara-perkara yang telah dipersetujui ini akan dijadikan satu standard dalam kumpulan jurugambar ini. Maklumat terperincinya akan dipaparkan dalam laman web CLICK COUTURE tidak lama lagi.

Diharap, apa yang telah kami persetujui sebagai satu standard ini dapat juga dicontohi oleh jurugambar-jurugambar lain. CLICK COUTURE mengalu-alukan penyertaan dari jurugambar-jurugambar lain yang berminat untuk menyertai kumpulan ini. Namun, permohonan untuk menyertai CLICK COUTURE, perlu menepati beberapa syarat demi untuk menjaga standard tertentu.

Untuk maklumat lanjut mengenai CLICK COUTURE, sila layari http://www.clickcouture.com.my

Diantara kami semua yang hadir pada perjumpaan tadi, ada yang pertama kali berjumpa dan tidak mengenali diantara satu sama lain, tapi atas dasar profesionalisme, kami tetap dapat duduk semeja untuk kebaikan bersama. Saya harap, nilai murni ini akan dapat diteruskan.

Bersatu kita teguh, bercerai kita roboh.

Hasnuddin

Sila layari laman web Adan di http://www.adan.biz

Sertai Kursus Asas Fotografi Digital dan Bengkel Portable Flash tidak lama lagi! Sila layari http://www.fototeacher.com



[<<  <  1  2  3  4  5  [6]  7  8  9  10  11  12  13  14  15  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net