Wedding Photography & Videography In Malaysia

By: ADAN WEDDING PHOTOGRAPHY

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
[<<  <  1  2  3  4  5  6  [7]  8  9  10  11  12  13  14  15  >  >>]    [Archive]
Tuesday, 20-May-2008 00:10 Email | Share | | Bookmark
ADAN PHOTO PRESENTATION



Thursday, 15-May-2008 23:29 Email | Share | | Bookmark
JAWATAN KOSONG DI ADAN

Harap dapat hebahkan kepada rakan-rakan yang sedang mencari kerja...


Monday, 12-May-2008 11:33 Email | Share | | Bookmark
REPORT - BENGKEL PORTABLE FLASH

Alhamdulillah, Begkel Portable Flash yang pertama telah selesai. Seramai 10 orang peserta telah menghadiri bengkel intensif selama 2 hari ini. Turut hadir adalah 2 orang peserta dari Brunei dan seorang lagi peserta jauh yang datang dari Tawau. Kepada lain-lain peserta yang datang dari seluruh Semenanjung Malaysia juga saya ucapkan ribuan terima kasih. Seronok rasanya dapat berkongsi pengetahuan dan pengalaman bersama peserta yang sungguh bersemangat.


Iqa, model yang telah bekerjasama untuk sesi pencahayaan potret


Ni pulak Nina, sorang lagi model untuk sesi off camera technique


Saudara Jaggat selaku Jurulatih Bersama, banyak membantu saya sepanjang sesi rakaman bersama model. Seorang lagi Jurulatih saudara Amin, tiada dalam gambar (Sorry Amin, takde gambar la…)


Salah satu dari sesi latihan praktikal tentang cara mengimbangkan cahaya flash dengan cahaya semulajadi


Gambar para peserta bersama model dan jurulatih untuk Bengkel Portable Flash 12-13 April 2008. Untuk muat turun gambar di atas dalam saiz besar, sila klik - http://fototeacher.com/BPFgroupphotolarge12&13April08.JPG

ANTARA TESTIMONI DARI PARA PESERTA:

"Bengkel yang sangat baik untuk memperbaiki mutu gambar menggunakan flash"
- Mohd. Hisham Bin Mohd. Ibrahim

"Saya amat berpuas hati dengan program ini. Saya dapat memperbaiki kawalan cahaya dan banyak perkara baru yang dapat saya pelajari mengenai flash. Terima kasih kepada fototeacher.com"
- Sri Haryanti Kasim

"Program ini amat menyeronokkan kerana ada banyak sesi praktikal. Harap fototeacher.com dapat terus adakan program lain yang seumpamanya"
- Zahirudin Suprabto

"Program yang mendedahkan peserta dengan penggunaan flash secara manual dengan hasil yang terbaik. Saya rasa lebih yakin untuk merakam gambar menggunakan flash setelah menghadiri bengkel ini"
- Nur Sophian bin Rifin

"Jurulatih memberikan kerjasama yang amat baik demi memastikan setiap peserta benar-benar faham tentang apa yang diajar. Tips-tips flash photography yang disampaikan juga sangat berguna"
- Taufik


Bengkel Portable Flash seterusnya akan diadakan pada bulan Jun 2008. Untuk maklumat lanjut, sila layari http://fototeacher.com/FlashPhotography.html

Hasnuddin


Wednesday, 20-Feb-2008 00:53 Email | Share | | Bookmark
BENGKEL PORTABLE FLASH fototeacher.com



Pelajari asas pencahayaan secara hands on dengan menggunakan portable flash. Latihan terperinci untuk dapatkan hasil yang baik dengan cara yang murah, mudah dan cepat. Sesuai dihadiri oleh jurugambar perkahwinan, jurugambar event dan peminat fotografi umum yang ingin mempelajari asas pencahayaan portable flash.


ANTARA SUBJEK YANG AKAN DIAJAR:

Pengenalan
Teori asas tentang cahaya seperti Inverse Square Law, pantulan cahaya, serapan cahaya, serakan cahaya dan suhu warna. Ketahui juga kaitan shutter speed dengan flash yang mempengaruhi exposure. Mengapa cahaya penting dalam fotografi dan apakah kesan yang perlu kita perolehi dengan penggunaan flash.
(TEORI)

Kenali Flash Secara Teknikal
Bagaimana flash berfungsi dan kaitannya dengan flash synchronization. Apakah Guide Number, fungsi dan kawalan Zoom Head, kawalan flash secara Manual, TTL, Auto, Flash Compensation dan sebagainya. Bagaimana setiap flash mode berfungsi dan kegunaannya. Cara menjimatkan bateri dan mempercepatkan masa recycle untuk bateri flash.
(DEMONSTRASI)

Built-In Flash
Flash Compensation, mini diffuser dan adunan built-in flash dengan cahaya semulajadi. Walaupun built in flash mempunyai kemampuan yang terhad, namun pada keadaan yang tertentu, ianya sangat membantu, contohnya apabila flash utama tidak berfungsi, anda ingin blend-in atau apabila anda ingin travel light. Pelajari juga bagaimana untuk ‘mencuri’ cahaya flash dari jurugambar lain sekiranya flash anda tidak berfungsi.
(PRAKTIKAL)

Teknik Penggunaan On-Camera Flash
Mengenai teknik penggunaan flash yang dipasang di atas kamera, dimana, jurugambar sentiasa bergerak dan perlu bekerja dengan cepat. Pelajari bagaimana meminimumkan bayang walau menggunakan direct flash. Untuk mendapatkan kesan cahaya flash yang semulajadi dengan cara yang mudah, cepat dan berkesan, anda juga akan diajar tentang teknik penggunaan diffuser, bounce-card, bounce flash dan reflector. Teknik ini sesuai untuk merakam gambar perkahwinan dan event.
(PRAKTIKAL DENGAN MODEL)

Adunan Cahaya Flash dengan Cahaya Semulajadi
1) Untuk mendapatkan kecerahan yang sama diantara subjek dan latarbelakang menggunakan kawalan flash dan shutter speed yang sesuai. 2) Untuk menjadikan cahaya flash lebih semulajadi dengan adunan cahaya sedia ada. 3) Untuk membolehkan penggunaan shutter speed yang sangat perlahan bagi subjek yang bergerak dan dalam masa yang sama untuk menunjukkan kesan pergerakan yang menarik. (Slow shutter panning + fill-in flash) 4) Teknik fill-in flash bagi menghilangkan bayang ketika merakam gambar di bawah panas terik. Fahami lighting ratio – 1:1, 1:2, 1:3 dan sebagainya untuk fill-in flash.
(PRAKTIKAL DENGAN MODEL)

Teknik Penggunaan Off-Camera Flash
Untuk mendapatkan sudut cahaya yang lebih tepat, flash tidak dipasang di atas kamera (off-camera flash). Dengan penggunaan TTL cord, slave unit atau CLS, anda boleh pancarkan flash dari berbagai sudut untuk hasil terbaik. Pelajari juga cara penggunaan aksesori flash untuk memberi kesan cahaya yang berbeza seperti menggunakan soft box, diffuser, umbrella dan reflector. Teknik ini sesuai untuk merakam gambar potret dan juga still life.
(PRAKTIKAL DENGAN MODEL DAN PRODUK)

Pencahayaan Lebih dari 1 Flash
Pelajari asas pencahayaan dengan 3 flash untuk main light, fill-in light dan background light serta kaitannya dengan lighting ratio. Anda tidak perlu ada 3 flash untuk guna teknik ini, cukup sekadar 1 flash yang digandingkan dengan sumber cahaya lain. Fahami konsep high-key dan low-key. Pelajari teknik asas tentang sudut pencahayaan yang betul untuk rakaman potret seperti rembrant, side light dan top light. Pelajari juga cara setting cahaya untuk rakaman gambar still life. Anda juga akan diajar teknik ‘painting with light’ yang memberikan kesan seolah-olah menggunakan banyak flash walaupun anda hanya menggunakan 1 flash.
(PRAKTIKAL)

Aksesori Pencahayaan
Memperkenalkan dan menunjukkan cara penggunaan aksesori penting untuk pencahayaan seperti TTL cord, bounce card, diffuser, umbrella, power pack, CLS remote commander, ultra fast battery charger, flash bracket, light stand, reflex mirror, reflector, reflector holder, super clamp, color gel, portable continuous light dan lain-lain.
(DEMONSTRASI)

UNTUK MAKLUMAT LANJUT DAN PENDAFTARAN, SILA KE - http://fototeacher.com/FlashPhotography.html


ANTARA CONTOH GAMBAR DENGAN PENGGUNAAN PORTABLE FLASH YANG BERKESAN:


Rakaman gambar potret dengan on-camera bounce flash bersama reflector. Menghasilkan gambar dengan cahaya lembut dan kelihatan natural. Teknik mudah dengan hasil yang baik.


Rakaman gambar menggunakan 2 flash/sumber cahaya bersama reflector. Berfungsi sebagai main light, fill-in light dan backlight. Memberi kesan 3D serta dapat menjadikan subjek lebih menonjol.


Rakaman gambar dengan on-camera flash bersama bouce card. Dirakam dengan slow shutter speed bagi mengadun cahaya semulajadi dengan cahaya flash. Memberi kesan gambar yang natural dan mampu menampilkan mood cahaya semulajadi dengan lebih baik.


Rakaman gambar menggunakan off-camera flash bersama sumber cahaya semulajadi untuk kesan yang lebih realistik. Kawalan flash dan shutter speed dibuat secara manual.


Rakaman menggunakan fill-in flash dengan slow shutter speed bagi menunjukkan pergerakan subjek sambil mengekalkan cahaya semulajadi. Fill-in flash berperanan untuk menunjukkan detail dan menaikkan subjek utama yang sedang bergerak.

UNTUK MAKLUMAT LANJUT DAN PENDAFTARAN, SILA KE - http://fototeacher.com/FlashPhotography.html


Sunday, 6-Jan-2008 18:50 Email | Share | | Bookmark
REPORT - PAMERAN PENGANTIN 2008

 

The latest picture of Adan booth at Pameran Pengantin 2008, Ampang Point Shopping Centre from 5th - 13th January 2008. (Photo by Mohd. Firdaus Abu Hassan - Photo Impact)

We are so happy that:

All slots for the month of January and August are fully BOOKED!
March and May date are selling really fast.

Thanks for your support.

We will be there until 13th January 2008. We are open from 10.30 am - 9.00 pm. Hurry, get the best deal ever from us. See you there!

Hasnuddin


[<<  <  1  2  3  4  5  6  [7]  8  9  10  11  12  13  14  15  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net