Wedding Photography & Videography In Malaysia

By: ADAN WEDDING PHOTOGRAPHY

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
[<<  <  1  2  3  4  5  6  7  [8]  9  10  11  12  13  14  15  >  >>]    [Archive]
Tuesday, 1-Jan-2008 11:32 Email | Share | | Bookmark
ADAN DI PAMERAN PENGANTIN 2008 - Jumpa di sana!

 


Seperti yang telah dijanjikan kepada bakal pelanggan kami yang inginkan kualiti terbaik dengan harga yang berpatutan, kami sekali lagi akan mengadakan promosi pakej fotografi perkahwinan sempena Pameran Pengantin Malaysia 2008. Promosi ini hanya sah untuk pelanggan yang hadir ke pameran ini yang akan diadakan di Ampang Point Shopping Centre pada 5-13 Januari 2008.

Kami juga akan memberikan cenderahati kepada pengunjung ke gerai kami nanti, walau hanya berkunjung, tidak perlu membeli! Hadiah-hadiah lain juga disediakan untuk pelanggan yang membeli disamping diskaun hebat yang jarang-jarang kami tawarkan.

Disamping berkunjung ke gerai Adan, anda juga boleh mendapatkan harga istimewa dari banyak lagi gerai lain yang mengambil bahagian dalam pameran ini, seperti pembuat pelamin, pakaian pengantin, kek perkahwinan, katering, pakej bulan madu dan sebagainya. Untuk maklumat lanjut mengenai pameran ini, sila layari laman web penganjur pameran di - http://www.urbanvibe.com.my/

Inilah masanya untuk anda menikmati kualiti dari Adan dengan harga yang sungguh menjimatkan. Jangan lepaskan peluang ini. Lapangkan masa anda, jumpa anda nanti!

Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi 012-6020770 (Puan Ida) atau e-mel adanphoto@gmail.com

Adan Cameraworks


Saturday, 22-Dec-2007 23:17 Email | Share | | Bookmark
Zack & Nani

 














Fotografi oleh Hasnuddin - www.adan.biz
Semua Hakcipta Terpelihara


Behind The Scene TEAM VIDEO MCP* ADAN merakamkan majlis perkahwinan Zack & Nani ||| * Multi Camera Productions

Untuk perkhidmatan video MCP (Live Feed/ Live Projection) sila hubungi Puan Azida di 012-6020770 atau e-mel - adanphoto@gmail.com

AKAN DATANG - Adan di Pameran Pengantin 2008, Ampang Point, 5-13 Januari 2008! Tunggu Promosi Istimewa dari ADAN. Ianya sesuatu yang anda tak terduga...


Friday, 14-Dec-2007 19:30 Email | Share | | Bookmark
REPORT - KURSUS FOTOGRAFI UNTUK JURUGAMBAR CSI

 
 
 

Penerangan mengenai teori beserta demo untuk asas teknikal fotografi oleh Hasnuddin


Demonstrasi dan latihan praktikal mengenai teknik komposisi, pencahayaan dan penggunaan lensa menggunakan model


Hasnuddin (penceramah utama) dan Affandi (pembantu penceramah) bergambar bersama peserta kursus

Pada 10-13 Disember baru-baru ini, fototeacher.com telah mengadakan kursus selama 4 hari mengenai asas fotografi digital. Kursus yang diadakan di PERMATA PETRONAS ini telah dihadiri oleh lebih dari 20 orang peserta dari seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak. Peserta kursus ini adalah pegawai-pegawai kerajaan yang terlibat dalam merakam gambar kemalangan sebagai bahan bukti ala CSI.

Kepada individu yang berminat untuk menghadiri kursus Asas Fotografi Digital anjuran fototeacher, sila dapatkan maklumat lanjut di laman web - http://www.fototeacher.com

Selain dari menganjurkan kursus di tempat kami, kami juga sedia menawarkan khidmat latihan fotografi melalui tempahan khas untuk syarikat swasta, jabatan kerajaan atau individu secara eksklusif dari harga RM 8,000 sehari dengan jumlah peserta maksimum seramai 30 orang. Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Cik Nieza di 03-91017144 atau e-mel fototeacher@gmail.com

Sales team,
fototeacher.com


Saturday, 24-Nov-2007 12:49 Email | Share | | Bookmark
INTERIOR PHOTOGRAPHY BY ADAN FEATURED IN DIVA

 
 
 
View all 6 photos...

Majalah Diva edisi November 2007 dengan potret Maya Karin sebagai cover. Interior photography oleh Adan memaparkan gambar-gambar hiasan dalaman rumah pereka fesyen terkenal - Rizalman Ibrahim

INTERIOR PHOTOGRAPHY BY HASNUDDIN - www.adan.biz

Sebenarnya, sesi fotografi ini diadakan dalam bulan puasa. Rizalman menjemput team fotografi Adan dan team penulis dari majalah Diva berbuka puasa di rumah beliau sebelum sesi fotografi dijalankan. Fotografi dijayakan oleh Hasnuddin selaku jurugambar, Abe sebagai pembantu jurugambar dan Azida sebagai koordinator. Editor majalah Diva, Kak Anne ditemani oleh Farez selaku penulis. Sesi fotografi bermula pada jam 7.30 malam dan berakhir pada jam 11.30 malam.

Di sini dipaparkan sebahagian dari gambar-gambar yang dirakam. Untuk melihat lebih banyak gambar dan artikel penuh, anda boleh dapatkannya di dalam majalah Diva


Dapatkan perkhidmatan fotografi hiasan dalaman (Interior design photography service) dari Adan untuk perkhidmatan di Kuala Lumpur dan seluruh Malaysia. Perkhidmatan jurugambar profesional untuk kualiti terbaik. Untuk maklumat lanjut, sila layari: http://www.adan.biz


Ruang tamu dengan latar belakang matahari terbenam


Ruang tamu dari sudut berlainan


Rizalman di bilik kerjanya


Ruang rehat, sebahagian dari ruang bilik tidur utama


Potret Rizalman Ibrahim, pereka fesyen terkemuka Malaysia

Perkhidmatan fotografi videografi oleh jurugambar profesional - http://www.adan.biz
Belajar / Kursus / Seminar / Kelas Fotografi - http://www.fototeacher.com
Album gambar berkualiti untuk jurugambar di Kuala Lumpur dan seluruh Malaysia - http://www.impressivealbums.com

TIPS MERAKAM GAMBAR EVENT DI FOTOTEACHER.COM http://fototeacher.com/blog/?p=67


Thursday, 15-Nov-2007 21:42 Email | Share | | Bookmark
KURSUS ASAS FOTOGRAFI DIGITAL KALI KE-8



Tarikh: 24-25 November dan 29-30 Disember 2007
Masa: 9.00 pagi hingga 6.00 petang
Tempat: Foteacher Learning Centre, Cheras
Bayaran: RM 800.00* seorang termasuk makan-minum, nota, sijil, kelas susulan dan t-shirt percuma.

* Harga untuk peserta persendirian yang membuat bayaran penuh sebelum hadir.


Antara Subjek Dalam Kursus:

Aperture, Shutter, ISO, Focal Length & Lensa, Teknik Fokus, Depth of Field, Filter & Aksesori Kamera, Suhu Warna & White Balance, Jenis & Karakter Cahaya, Teknik Penggunaan Flash, Exposure Meter, Metering Pattern, Exposure Mode dan Cara Mendapatkan Exposure Yang Tepat

Untuk maklumat terperinci, sila layari laman web http://www.fototeacher.com

“Kuasai pengetahuan teknikal dalam asas fotografi digital. Kemahiran ini akan membuka jalan kepada anda untuk merealisasikan imaginasi fotografik anda. Jangan bazirkan wang dan masa anda dengan ‘trial and error’ lagi. Sertai kursus ini sekarang!”


LAIN-LAIN PROGRAM YANG DISEDIAKAN:

1) KURSUS LANJUTAN FOTOGRAFI DIGITAL

2) KURSUS ASAS PHOTOSHOP

3) KURSUS PROFESIONAL FOTOGRAFI PERKAHWINAN

4) PHOTO TALK - PHOTOJOURNALISM

5) PHOTO TALK - FASHION PHOTOGRAPHY



NILAI UNTUK WANG ANDA:

1) Tenaga pengajar kami adalah jurugambar
profesional sebenar yang berpengalaman dan
bertauliah.

2) Kami telah berpengalaman memberi latihan
fotografi kepada pelbagai agensi kerajaan
dan syarikat koprat.

3) Kami telah menganjurkan lebih dari 20
program latihan fotografi yang berjaya

4) Sokongan selepas kursus disediakan melalui
kelas susulan dan perbincangan online
secara percuma

5) Pendekatan mudah faham melalui penggu-
naan alat bantuan mengajar terkini, sukatan
pelajaran yang praktikal serta jumlah peserta
yang minimum


TESTIMONI DARI BEKAS PESERTA:

"Selama ini saya menggunakan DSLR dengan setting auto sepanjang masa. Kursus ini memberi pengetahuan bernilai tentang terma-terma dalam fotografi digital. Selepas ini saya boleh menggunakan DSLR saya seoptima mungkin agar pelaburan lebih mendatangkan hasil yang diimpikan."
- Azman Yaacob

"Penceramah tidak lokek dengan ilmu yang beliau ada dan beliau cuba menjawab setiap pertanyaan sebaik mungkin berserta dengan demo. Banyak perkara dan ilmu yang dapat dikongsi melalui program ini."
- Hazrina Ashaari

"Kursus fotografi ini telah memberikan banyak maklumat yang susah untuk kita dapat dengan hanya membaca buku."
- Muhammad Zulpadhli.

"Education yang diberi sangat berguna dan jelas. Setiap soalan dijawab dengan jelas sehingga faham. Sangat, sangat bagus! Sangat sangat gembira! Dan rasa lebih yakin nak ambil gambar."
- Nadia Bahari

"Saya berterima kasih kepada penceramah yang telah bagi saya lebih detail ilmu berkaitan fotografi. Tak sangka rupanya banyak elemen-elemen yang masih tak tahu. Kalau ada kursus lain, sila beritahu!."
- Mohd. Razif Yaacob


Sila hubungi kami di:
Tel: 03-91017144 / 03-91017155 Faks: 03-91015116 E-mel: fototeacher@gmail.com
Alamat: C-1-1, Megan Phoenix, Jalan Cheras, 56000 Kuala Lumpur.
http://www.fototeacher.com


[<<  <  1  2  3  4  5  6  7  [8]  9  10  11  12  13  14  15  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net