Wedding Photography & Videography In Malaysia

By: ADAN WEDDING PHOTOGRAPHY

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Wednesday, 29-Jul-2009 08:42 Email | Share | Bookmark
Jawatan Kosong di Adan Cameraworks

Adan Cameraworks merupakan sebuah syarikat dinamik yang memberikan perkhidmatan fotografi dan videografi, khususnya dalam industri perkahwinan. Ditubuhkan pada tahun 2001, Adan Cameraworks kini mempunyai 6 orang staff sepenuh masa dan 15 orang staff sambilan yang terdiri dari jurugambar dan jurukamera video profesional. Dalam usaha untuk menampung perkembangan positif syarikat ini, kami dengan ini ingin membuka tawaran kepada individu yang berminat untuk jawatan berikut:

Sales Executive – 2 Kekosongan
(Bermula dari RM1,400 tidak termasuk komisen)

Berurusan dan membuat jualan dengan pelanggan berpotensi untuk pakej fotografi dan videografi perkahwinan. Turut terlibat secara minor dalam aktiviti pemasaran produk yang akan menyumbang kepada pencapaian sasaran jualan. Komisen menarik akan diberikan untuk jualan yang dibuat. Anggaran minimum komisen sebulan termasuk gaji – RM2,500.00
Kelayakan:
1) Mempunyai kenderaan sendiri
2) Berumur lebih dari 24 tahun dengan personaliti menarik
3) Sekurang-kurangnya 1 tahun pengalaman dalam bidang jualan
4) Minat dalam industri fotografi perkahwinan
5) Keutamaan akan diberikan kepada calon yang mempunyai kemahiran bertutur dan menulis dalam Bahasa Inggeris

Video Editor – 2 Kekosongan
(Bermula dari RM1,500)

Membuat suntingan video perkahwinan serta lain-lain proses sampingan yang terlibat.
Kelayakan:
1) Mempunyai bakat semulajadi dalam bidang kreatif
2) Minat mendalam dalam videografi perkahwinan
3) Berdisiplin dan boleh menerima arahan dengan baik
4) Keutamaan akan diberikan kepada calon yang mempunyai pengalaman dalam bidang berkaitan suntingan video non-linear

Admin Executive – 1 Kekosongan
(Bermula dari RM1,400)

Melakukan kerja berkaitan pentadbiran, sumber manusia dan akaun
Kelayakan:
1) Mempunyai kenderaan sendiri
2) Memiliki sikap kerja semulajadi yang teliti dan kemahiran pengurusan secara sistematik
3) Mempunyai pengetahuan dan kemahiran asas dalam pengurusan akaun dan pengurusan sumber manusia.
4) Mempunyai sekurang-kurangnya 1 tahun pengalaman dalam bidang berkaitan

Kelebihan:
1) Bekerja dalam syarikat bersaiz kecil yang berwawasan besar, peluang untuk mempelajari banyak bidang kemahiran, bukan sekadar satu skop kerja yang spesifik. Sesuai untuk anda yang ingin menimba berbagai kemahiran atau kepada mereka yang bercadang untuk membuka perniagaan sendiri.
2) Tiada politik pejabat, anda bekerja dalam pasukan kecil yang kuat dan bekerja rapat dengan pemilik syarikat. Sebarang pencapaian anda akan dihargai sewajarnya. Bimbingan secara peribadi akan diberikan secukupnya untuk kemajuan setiap individu. Sesuai untuk anda yang tidak pandai mengampu bos, tetapi kuat bekerja dan ingin dihargai di atas prestasi kerja anda.
3) Peluang untuk bertukar bidang atau naik pangkat. Kami mengutamakan minat dan kesungguhan dalam bidang kerja yang dilakukan. Kami sering membantu pekerja agar beliau hanya membuat kerja yang diminati sahaja. Tugas akan disesuaikan dengan minat pekerja.
4) Lain-lain faedah standard seperti tanggungan kos perubatan, cuti tahunan, bonus, company trip, kenaikan pangkat, latihan kerjaya dan kenaikan gaji tahunan.

Kepada calon yang layak, sila hantarkan resume serta gambar berukuran paspot kepada e-mel: info@adan.biz . Resume juga boleh dihantar secara pos ke alamat: Adan Impresif Sdn. Bhd., C-1-9, Megan Phoenix, Jalan Cheras, 56000 Kuala Lumpur. Jangan lupa nyatakan sekali jawatan yang ingin dimohon.

Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web kami di – http://www.adan.biz
Untuk pertanyaan, sila hubungi Puan Azida di – 03-91017144 atau 012-6020770.


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net