Wedding Photography & Videography In Malaysia

By: ADAN WEDDING PHOTOGRAPHY

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Saturday, 22-Oct-2005 00:00 Email | Share | Bookmark
Write-up In Pesona Pengantin Magazine ( March 2005 )


Gambar Yang Cantik Sahaja Tidak Memadai…

Pada awal penubuhan Adan Impresif, tidak siapa yang menduga bahawa perniagaan ini mampu berada pada tahap seperti sekarang ini. Pengasas Adan Impresif, Hasnuddin Abu Samah pemegang Diploma Fotografi UiTM melihat fotografi perkahwinan sebagai satu bidang yang masih banyak perlu diterokai. Berbekalkan pengalaman beliau yang luas dalam bidang fotografi, beliau telah merealisasikan satu bentuk perkhidmatan fotografi perkahwinan yang bermutu tinggi dengan gaya dan teknologi terkini.

Sebelum lahirnya Adan Impresif, Hasnuddin merakam gambar perkahwinan secara eksklusif selama lebih dari 10 tahun. Pengalaman banyak mengajar beliau tentang kehendak pelanggan. “Untuk menjadi seorang jurugambar yang baik, kita perlu tahu banyak perkara, gambar yang cantik sahaja tidak memadai”, ujar beliau. Untuk menampung permintaan yang tinggi dari para pelanggan dari seluruh Malaysia, Adan Impresif kini mempunyai 8 orang pekerja sepenuh masa yang dilatih sendiri oleh Hasnuddin untuk memberikan perkhidmatan khusus dalam bidang fotografi, videografi & audio visual perkahwinan.

Sesuai dengan peredaran zaman, Adan Impresif menggunakan peralatan fotografi dan video digital terkini demi memastikan para pelanggannya mendapat kualiti yang terbaik. “ Perkembangan teknologi digital sangat menakjubkan. Dunia pengimejan kini menjanjikan sesuatu yang kita tidak pernah impikan suatu masa dulu. Para pengantin kini sangat bertuah,” kata Hasnuddin apabila ditanya mengenai fotografi digital.

Satu perkara lagi yang menarik mengenai Adan Impresif adalah proses kerja yang amat sistematik. Untuk memastikan ketepatan dan kecekapan yang maksimum, Adan Impresif menggunakan sistem pengkalan data berkomputer yang dicipta khas untuk perkhidmatan fotografi perkahwinan. Nur Azida Hashim, pengasas bersama Adan Impresif adalah orang yang bertanggungjawab menjaga segala proses kerja produksi berjalan lancar. Beliau juga akan memastikan setiap hasil kerja menepati kualiti yang ditetapkan sebelum diserahkan kepada pelanggan. Nur Azida menegaskan, “ Untuk setiap perkhidmatan yang diberikan, 70% daripadanya tidak dapat dilihat oleh pelanggan. Ini termasuklah kerja persiapan peralatan, suntingan digital, proses cetakan gambar, penyusunan gambar, proses semakan, kawalan kualiti dan sebagainya. Tapi, apa yang penting adalah pelanggan berpuas hati dengan produk akhir yang dipersembahkan.”

Apabila ditanya bilakah situasi yang paling mencabar untuk seorang pengurus produksi, Nur Azida menjawab,” Musim cuti sekolah kami menerima begitu banyak tempahan. Banyak juga yang terpaksa ditolak. Kadang-kadang tidak sampai hati melihat kekecewaan di wajah bakal pengantin. Menyusun jadual jurugambar bukannya mudah. Saya perlu memastikan seseorang jurugambar itu sesuai dengan tugasan yang bakal dijalankan. Walaupun ada masanya kami mendapat sehingga 10 tempahan dalam sehari, saya perlu menyusun jadual tugasan agar jurugambar mendapat rehat yang cukup di antara setiap tugasan. Saya juga perlu memastikan setiap jurugambar hadir tepat pada masa yang dijanjikan. Jurugambar sokongan juga perlu disediakan bagi menghadapi kejadian yang tidak diingini.”

Seorang lagi tenaga penting Adan Impresif adalah Fauzanah Abdullah yang berperanan sebagai Eksekutif Pemasaran. Seringkali bertemu dengan pelanggan bagi menerangkan secara terperinci mengenai perkhidmatan yang ditawarkan. Beliau juga akan memastikan setiap permintaan pelanggan akan ditunaikan. Fauzanah menjelaskan,” Kami menyediakan pakej perkhidmatan yang fleksibel. Pelanggan boleh menentukan sendiri perkhidmatan yang bakal diperolehi mengikut cara yang mereka kehendaki. Harga kami juga amat kompetitif dan pelbagai. Kami menawarkan pakej dari harga serendah RM 500 sehinggalah mencecah RM 30,000 bergantung kepada kemampuan pelanggan.”

Untuk mendapat maklumat lanjut dan melihat hasil kerja Adan Impresif, anda boleh melayari laman web www.adanimpresif.com. Laman web terbaru ini bukan sahaja mempunyai rekaan dan gambar yang menarik, tetapi juga padat dengan informasi yang berguna untuk anda.




View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net