Want your
own Fotopage?









 
Wedding Photography & Videography In Malaysia

By: ADAN WEDDING PHOTOGRAPHY

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage] | [Track this Fotopage]
View complete fotopage

Friday, 11-Nov-2005 00:00 Email | Share | Bookmark
Another article published in Pesona Pengantin magazine



PENGGUNAAN TEKNOLOGI DIGITAL DALAM PENGHASILAN GAMBAR PERKAHWINAN

Majlis perkahwinan adalah amat bermakna bagi pasangan pengantin dan seluruh keluarga. Adalah menjadi harapan setiap pasangan raja sehari untuk memiliki gambar perkahwinan yang terbaik. Gambar perkahwinan ini perlu terus kekal untuk ditatap sehingga ke generasi yang seterusnya.

Dahulunya, sekitar tahun 80an, gambar perkahwinan dirakam dengan cara yang ringkas dengan seadanya. Kini, dengan teknologi baru dan ketinggian citarasa pengantin, rakaman gambar fotografi juga turut menjadi semakin canggih.

Ketika ini, dunia fotografi telah dikejutkan oleh kedatangan teknologi fotografi digital. Seperti yang anda maklum, dengan penggunaan kamera digital, filem tidak diperlukan untuk merakam imej. Tidak timbul masalah membazir filem atau bimbang gambar tidak menjadi kerana gambar yang dirakam boleh dilihat terus dan jika ianya tidak menarik, gambar tersebut boleh terus dipadam dari memori kamera. Namun, apa yang dinyatakan tadi hanyalah sebahagian kecil dari manfaat sebenar kamera digital.

Golongan jurugambar profesional seperti kami di Adan Impresif menggunakan sistem kamera digital profesional yang mampu menghasilkan gambar yang berkualiti tinggi. Kamera digital ini juga memudahkan kerja dari segi teknikal. Ini bermakna, jurugambar boleh menumpukan lebih perhatian kepada aspek kreativiti. Ini bermakna, gambar yang dihasilkan adalah lebih berkualiti, baik dari segi teknikal mahupun dari segi nilai estetiknya.

Selain dari itu, jurugambar juga kini mampu merakam gambar yang dahulunya sukar dirakam dengan kamera yang menggunakan filem. Contohnya, merakam gambar dalam keadaan kurang cahaya, merakam gambar dengan cahaya semulajadi, merakam gambar kandid dan merakam gambar eksperimental.

Dengan penggunaan kamera digital juga, proses sentuhan akhir foto juga menjadi lebih mudah. Gambar yang kurang sempurna boleh diperbaiki di dalam komputer. Gambar yang terpilih pula boleh dimanipulasikan supaya menjadi lebih menarik. Contohnya, sesuatu gambar warna dengan mudah boleh ditukar kepada gambar hitam putih atau sepia. Gambar yang dirakam boleh dipaparkan dalam album dengan cara yang lebih menarik melalui gabungan teknik manipulasi digital, susun atur gambar dan tulisan dalam gambar. Untuk melihat contoh album eksklusif ini, sila lawati laman web kami www.adanimpresif.com.

Disebalik kemajuan pesat fotografi digital, ada juga golongan yang kurang yakin dengan kebolehan teknologi ini. Memang diakui bahawa agak sukar untuk kita menerima sesuatu yang baru setelah sekian lama kita meletakkan kepercayaan kepada teknologi sebelumnya. Ada pendapat mengatakan bahawa gambar digital tidak boleh menandingi gambar yang menggunakan filem. Isu ini sudah lama didebatkan terutamanya di kalangan jurugambar profesional. Rumusannya, kualiti gambar mana yang lebih baik bergantung kepada citarasa individu itu sendiri. Kami di Adan Impresif menawarkan pilihan bebas kepada pelanggan samada mereka inginkan rakaman dengan kamera digital atau sebaliknya.

Selain dari memberi kelebihan kepada jurugambar, penggunaan kamera digital juga memberikan manfaat yang sama kepada pelanggan. Pelanggan dapat menikmati hasil gambar yang lebih berkualiti. Dari ratusan atau mungkin ribuan gambar yang dirakam, hanya gambar terbaik sahaja yang akan dipilih dan dicetak. Cetakan semula gambar juga adalah lebih mudah. Pelanggan akan diberikan cakera padat dengan imej digital. Pemilihan gambar adalah lebih mudah berbanding jika memilih gambar dengan melihat negatif. Gambar perkahwinan ini juga boleh dikirim terus kepada sesiapa sahaja hanya melalui e-mel.

Selain dari penggunaan teknologi digital dalam fotografi, kami di Adan Impresif juga turut menggunakan teknologi digital dalam rakaman gambar video. Penggunaan kamera video dengan sistem suntingan digital berupaya menghasilkan kualiti video yang tiada tolok bandingnya. Penghasilan video dalam VCD atau DVD menjamin gambar yang lebih terang dan jelas. Tidak timbul lagi masalah pita berkulat, terputus atau berhabuk seperti penggunaan sistem pita VHS sebelumnya.

Kini sudah tiba masanya kita berubah. Kepada bakal raja sehari, mulalah bayangkan bagaimana anda ingin gambar perkahwinan anda dirakam. Nyatakan imaginasi anda kepada jurugambar pilihan anda. Dengan teknologi digital, apa sahaja boleh dilakukan!

Oleh: Hasnuddin Abu Samah

Most recent comments... (In posting order)
kenapa takde entry? Fri 11-Nov-2005 19:11
Posted by:brahym brahym@gmail.com  - [Link]
good question brahym.. Sat 12-Nov-2005 23:05
Posted by:lizaaziz
Lor... tak dek entry ker?? Want more of your wedding... Mon 14-Nov-2005 02:56
Posted by:ARphotography ar7179@gmail.com  - [Link]
OK, sekarang dah ada entry. Enjoy! Mon 14-Nov-2005 11:01
Posted by:Adan Photography hasnuddin@gmail.com  - [Link]
Artikel yang menarik... all your pic is awesome... kena belajar teknik ni... Mon 14-Nov-2005 21:32
Posted by:dinictis lord_ishmeen@yahoo.com  - [Link]
tanya ckit bleh. Dalam bab pemilihan kamera slr ni tim adan kebanyakan nya guna jenama aper ek. banyak orang kata pakai nikon bagus untuk wedding foto ni.saya pun tengah survay.tak tau nak choice yang mana.boleh bagi pendapat ckit.bukan apaer baru nak berjinak dalam fotografi wedding ni.buat permulaan ni pilihan budget kamera rm 3500 ke bawah.antara canon 450d atau nikon d60.tapi kalo ikutkan hati nak amek nikon d90.tapi budjct kurang memuaskan.harap dapat info dan pandangan dari team adan wedding foto Sat 7-Mar-2009 17:47
Posted by:syam_ujay


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2008.